Johor Darul Ta’zim (JDT) Ukir Sejarah, Raih Kejuaraan Piala Malaysia 2024-25,

Johor Bahru, 27 April – Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan keunggulan mereka di pentas bola sepak Malaysia apabila menjuarai Piala Malaysia 2024-25, melengkapkan kejayaan **Unbeaten Triple Quadruple* mereka musim ini
Kemenangan ini sekaligus mengukuhkan status JDT sebagai pasukan paling dominan dalam sejarah bola sepak negara.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, JDT berjaya menundukkan Sri Pahang dalam aksi penuh dramatik, menampilkan permainan berkualiti tinggi dan semangat juang luar biasa.
Kejayaan ini menambah koleksi trofi mereka, selepas merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
Sebagai tanda penghargaan kepada pasukan dan penyokong setia, sambutan besar-besaran diadakan di Stadium Sultan Ibrahim malam ini
Acara yang diberi nama *”Chapter 2: The 11″* menjanjikan malam penuh gemilang dengan pertunjukan bunga api, paparan drone, teknologi pencahayaan interaktif, serta kehadiran artis antarabangsa.








