Imigresen FC akur kehebatan JDT

Imigresen FC akur kehebatan JDT

Aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan tadi menyaksikan Imigresen FC tunduk 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pasukan pelawat tampil lebih dominan sejak awal permainan dan berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Kemenangan ini membolehkan JDT kembali menguasai takhta Liga Super, manakala Imigresen FC perlu segera merencana kebangkitan untuk mengutip mata penting dalam perlawanan seterusnya.

LigaSuper2025 #jdt #imigresenfc

gawangdotmy

Avatar photo

Gadmin