JDT Pamer Dominasi Mutlak.

JDT Pamer Dominasi Mutlak.

Penang FC Tewas 6-0 di SSI.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia apabila mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Penang FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Di bawah kendalian ketua jurulatih Xisco Muñoz,JDT mempamerkan prestasi yang mantap dan berdisiplin,sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di persada liga.

Perlawanan bermula dengan intensiti tinggi apabila JDT menguasai bola sejak awal permainan.Gol pertama hadir seawal minit ke-9 menerusi tandukan kemas Jairo Da Silva,hasil hantaran lintang daripada Arif Aiman Hanapi.

Arif Aiman kemudiannya mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol berturut-turut pada minit ke-18 dan 31,memperlihatkan ketajaman penyudah dan kawalan bola yang mengagumkan.

Kesilapan penjaga gol Penang,Khairulazhan Khalid, pada minit ke-33 dimanfaatkan sepenuhnya oleh Joao Figueiredo yang menyumbat gol keempat JDT.

Sebelum tamat separuh masa pertama,Jon Irazabal menambah jaringan kelima melalui sepakan sudut yang diambil oleh Hector Hevel,menutup babak pertama dengan kelebihan selesa buat tuan rumah.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT terus menekan dan tidak memberi ruang kepada pasukan pelawat.Gol keenam hadir pada minit ke-52 menerusi Antonio Glauder,yang menyempurnakan gerakan set-piece dengan tenang.

Penang FC gagal bangkit dan terus bergelut untuk menyaingi tempo permainan JDT sepanjang baki perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan JDT selesa di tangga teratas Liga Super Malaysia,manakala Penang FC terus bergelut di zon bawahan liga.

Avatar photo

Gadmin