Pahang tolak permintaan RM 114,000 sebulan daripada Lee Tuck

Pahang tolak permintaan RM 114,000 sebulan daripada Lee Tuck

Lee Andrew Tuck, nama pemain yang tidak asing lagi dalam kancah bolasepak Malaysia, dimana beliau pernah mewakili Negeri Sembilan FA, Terengganu FC, dan terbaharu, Sri Pahang FC.

Para penyokong Sri Pahang FC yang rata-rata melihatkan kenyataan terbaharu daripada Lee Tuck, masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan pasukan tersebut kerana melepaskan pemain sensasi ini.

Mengikut sumber yang dipercayai, bahawa Lee Tuck terlalu “demanding” bagi penyambungan kontrak apabila kos keseluruhan gaji dan elaunnya berjumlah RM78,000.

Difahamkan pihak pengurusan pasukan juga terpaksa menanggung keseluruhan kos pembiayaan beliau seperti pembayaran KWSP bahagian pekerja (TIDAK melalui potongan gaji) dan cukai pendapatan LHDN yang menelan jumlah keseluruhan RM36,105, langsung tidak seperti pemain tempatan lain yang menyelesaikan sendiri KWSP (melalui potongan gaji) dan juga cukai pendapatan LHDN.

Sepanjang beliau bersama pasukan Sri Pahang FC, gaji beliau juga tidak pernah dipotong walaupun dipinjamkan kepada pasukan lain dan hanya beraksi bagi dua (2) perlawanan sahaja sepanjang musim 2022.

Jadi, persoalannya, adakah Lee Tuck “Kacang yang Lupakan Kulit” yang hanya memikirkan tentang bayaran kepada dirinya sahaja tanpa memperlihatkan pengorbanan majikan terhadapnya yang bertungkus lumus merialisasikan impian beliau untuk bermain bersama skuad kebangsaan Malaysia setelah memperolehi kad pengenalan rasmi Malaysia.

Gadmin

P