MOMENT TOK GAJAH BENAM SELADANG KALI KE-2..!! JUGA MOMENT TERSENDIRI AZAM AZIH..!!

MOMENT TOK GAJAH BENAM SELADANG KALI KE-2..!! JUGA MOMENT TERSENDIRI AZAM AZIH..!!

Berlangsungnya perlawanan Liga Super 2023 “GameWeek#5” yang menyaksikan Skuad Perak FC sekali lagi dibenam Sri Pahang FC dengan keputusan penuh 0-3, sekaligus menjadikan kekalahan anak buah Datuk Lim Teong Kim pada 08 Mac lalu dalam kancah Piala FA di venue sama, gagal ditebus sama sekali.

Skuad Seladang selaku tuan rumah lebih mengawal tempo permainan pada awal perlawanan, namun segalanya berubah apabila “counter-attack” Sri Pahang FC telah berjaya merobek gawang mereka melalui Kpah Sherman yang bermain gerakan satu-dua bersama-sama Sergio Aguero pada minit ke-13.

Sri Pahang FC tidak menunggu lama apabila berjaya menjarakkan jaringan mereka pada minit ke-37 melalui Stefano Brundo yang menolak masuk kuisan Kpah Sherman yang telah menewaskan penjaga gol Perak FC, Bryan See. Dua (2) minit kemudian, pertahanan Perak FC, Nasrol Amri pula menerima kad merah setelah menerjah Sergio Aguero dari belakang.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mengendurkan sedikit permainan pada awal babak. Segalanya jelas berubah dan menjadi tanda pengakhiran kepada Perak FC apabila pemain sayap lincah Sri Pahang FC, Baqiuddin Shamsudin menjadi pencetus gerakan gol ke-03 Sri Pahang FC, dengan larian solonya sehingga ke kotak penalti, melakukan hantaran kepada Nor Azam Azih serta dihabiskan dengan rembatan leret Zuhair Aizat pada minit ke-74.

Jelas sekali, Perak FC terpaksa akur dan menerima situasi yang seakan-akan sama seperti perlawan Piala FA yang lalu, insiden kad merah, bermain 10 pemain, cuma hanyalah perbezaan keputusan.

Tragis bagi Perak FC, Magis bagi pemain Sri Pahang FC, Nor Azam Azih. Perlawanan malam tadi merupakan penampilan ke-200 baginya bagi kelab Sri Pahang FC (dahulunya Pahang FA). Bersama-sama sejak 10 musim yang lalu, kemenangan malam tadi setidaknya memberikan suntikan semangat bagi beliau, selaku antara tunjang utama pasukan, malah juga skuad Harimau Malaya.

Walaupun tidak menjaringkan gol, ternyata khidmat dan percaturan Nor Azam Azih pada perlawanan ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada seluruh rakan sepasukannya. Azam Azih menutup perlawanan menentang Perak FC dengan 1 bantuan gol, 3 percubaan kearah gol, dan 1 percubaan tepat. Syabas, tahniah, dan selamat maju jaya Azam Azih.!!

Avatar photo

Gadmin

P