Selangor FC Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Kandungan Media Sosial

Selangor FC, dalam satu kenyataan menafikan kandungan yang tersebar di media sosial yang mengandungi dakwaan tentang gaji seorang pemain kelab itu.Mereka mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu itu yang disifatkan boleh merosakkan imej kelab.
Selangor FC juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya.”Kelab juga ingin memberi jaminan kepada penyokong bahawa Kelab kini berada atas landasan yang baik dalam pelbagai aspek dan akan kekal komited terhadap nilai Selangor FC yang berteraskan integriti, ketulusan dan keadilan dalam membina sebuah kelab bola sepak yang kukuh dan berjaya di atas mahu pun di luar padang”, ujar kenyataan itu lagi.